Aku insan yang lemah
Maafkan aku Ya Allah.... Ampuni segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. Aku lemah Ya Allah.. Aku tidak berdaya tanpa pertolongan dariMu... Bantulah hambaMu ini untuk terus membawa agamaMu... Andai nafasku terhenti Ya Allah, aku ingin pemergianku ini diiringi oleh kemaafan dan redha daripada insan-insan di sekeliling ku, sekali gus mendamba RedhaMu Ya Allah....SAYA HANYA INSAN BIASA.... yang banyak kekurangan. Kerana kesempurnaan itu hanya milik Yang Maha Esa...Moga sedikit coretan ini mampu menghadirkan kemaafan daripada kalian buat diri ini. Jika itu yang berlaku, alhamdulillah.... Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua. Jika tidak, hanya Allah lah yang selayaknya menentukan.... Awat mata susah sangat nak lelap ni?? Yak ampun... Hampir penghujung 1a.m.. mohon undur diri.. assalamualaikum
Ulasan